#ASMemilih: Trump mendahului, rakyat AS nak pindah ke Kanada?

Madiha Abdullah
November 9, 2016 14:41 MYT
Kegagalan laman web itu diakses mungkin berpunca daripada akses berlebihan.
TATKALA media seluruh dunia melaporkan calon Republikan Donald Trump sedang mendahului calon Demokrat Hilary Clinton dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS), rakyat negara itu sendiri nampaknya punya idea lain.
Laman web imigresen Kanada secara tiba-tiba sahaja tidak boleh diakses.
Ramai dalam kalangan netizen berpendapat ia adalah berpunca daripada akses berlebihan oleh rakyat Amerika.
LAPOR LANGSUNG: Trump hampiri kejayaan dalam Pilihan Raya AS
Ia dilihat sebagai pendapat yang agak masuk akal memandangkan tinjauan di Twitter mendapati, ramai penyokong Clinton sudah berkira-kira untuk berpindah dan menetap di Kanada.

oh my god the canada immigration website is crashed because of #ElectionNight pic.twitter.com/cEBWfG1fbo

— abdul (@Advil) November 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun mungkin sebahagian besarnya sekadar berjenaka, namun ia tetap tidak menghalang mereka untuk melihat kemungkinan itu.
Lebih menghangatkan keadaan, akaun Twitter rasmi kerajaan Kanada memuat naik satu status yang dianggap 'menggalakkan' orang luar berhijrah ke negara itu.

In Canada, immigrants are encouraged to bring their cultural traditions with them and share them with their fellow citizens. pic.twitter.com/MOuStZbSX7

— Canada (@Canada) November 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Trump kini mendahului Clinton dengan 216 undi electoral votes, berbanding Clinton yang memperolehi 209 (ketika berita ditulis).
##asmemilih #Donald Trump #Hilary Clinton #pilihanraya Amerika Syarikat
;