Askar rejim Zionis tembak mati 2 penduduk di Tebing Barat

Bernama
November 28, 2023 19:55 MYT
Menurut saksi pertempuran kemudiannya tercetus dengan beberapa warga Palestin cedera. - Gambar fail/Reuters
RAMALLAH: Seorang warga Palestin maut akibat ditembak tentera Israel di barat Ramallah di Tebing Barat pada Isnin malam.
Ini menjadikan angka kematian penduduk Palestin di wilayah itu kepada 240 orang sejak 7 Okt.
"Kami telah menerima jenazah seorang penduduk di Kompleks Perubatan Palestin dari bandar Beitunia, barat Ramallah," menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan media.
Saksi memberitahu Agensi Anadolu bahawa tentera Israel menyerbu bandar Beitunia dan melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah puluhan penduduk Palestin.
Menurut saksi pertempuran kemudiannya tercetus dengan beberapa warga Palestin cedera.
-- BERNAMA
#Palestin #rejim Zionis #Israel #Tebing Barat #tembak
;