ASEAN tidak akan berkonfrontasi dengan China

Astro Awani
April 26, 2015 14:41 MYT
ANIFAH: ASEAN dan China harus mengelakkan sebarang tindakan yang tidak produktif terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini. - Gambar Fail
ASEAN akan mengekalkan pendekatan tidak berkonfrontasi dalam menangani isu pertikaian Laut China Selatan dengan China.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sementara ASEAN telah bersetuju untuk mencari penyelesaian secara baik dan meneroka setiap ruang yang boleh memberi manfaat kepada semua, pertubuhan 10 negara anggota ini harus juga menghantar isyarat yang betul kepada China dan mengambil langkah yang wajar berhubung isu itu.
Beliau menambah kata ASEAN dan China harus mengelakkan sebarang tindakan yang tidak produktif terhadap keamanan dan kestabilan rantau ini.
BACA: ASEAN digesa lebih tegas dalam isu tebus guna tanah Laut China Selatan
#Anifah Aman #ASEAN #Brunei #China #Indonesia #Malaysia #Myanmar #Singapura