ASEAN berusaha tingkat tindak balas bencana

Bernama
Jun 11, 2024 08:00 MYT
Jerayawara One ASEAN One Response yang dilancarkan pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). - Gambar hiasan/BERNAMA
VIENTIANE: Jerayawara One ASEAN One Response (OAOR) yang dilancarkan di sini pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor Xinhua .
Acara itu menghimpunkan pemegang kepentingan utama bagi membincangkan kerjasama serantau dan mekanisme pengurusan bencana serantau ASEAN, lapor Agensi Berita Laos pada Isnin.
Objektif utama jerayawara OAOR adalah untuk memperkenal dan mengukuhkan mekanisme pengurusan bencana serantau ASEAN, mempamerkan hubungannya dalam rangka kerja nasional dan antarabangsa.
Dengan memupuk saling kendali dan kerjasama, mekanisme ini bertujuan meningkatkan kepantasan, skala dan tindak balas bencana di seluruh negara-negara ASEAN, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
#ASEAN #Jerayawara One ASEAN One Response #tindak balas bencana #laos
;