Artis Indonesia Vanessa Angel dipenjara lima bulan, tawar seks RM24,000

Bernama
Jun 26, 2019 07:03 MYT
Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.
Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara online membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (RM24,000) untuk sekali layanan.
Hukuman itu dibacakan Ketua Majlis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi di Mahkamah Negeri Surabaya, petang Rabu, memetik laporan agensi berita Antara.
Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari lepas.
Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.
#Indonesia #Jakarta #pelacuran online #Surabaya #Vanessa Angel
;