Arevalo menang pilihan raya presiden Guatemala

Bernama
Ogos 21, 2023 13:22 MYT
Arevalo, dari parti Movimiento Semilla menewaskan bekas wanita pertama, Sandra Torres, dengan memperoleh 58.85 peratus berbanding 36.40 peratus. - Gambar/ Reuters
BANDARAYA MEXICO: Bernardo Arevalo, memenangi pilihan raya presiden pusingan kedua di Guatemala, selepas kempen pilihan raya yang bergolak, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Arevalo, dari parti Movimiento Semilla menewaskan bekas wanita pertama, Sandra Torres, dengan memperoleh 58.85 peratus berbanding 36.40 peratus selepas hampir semua undi dihitung oleh Pihak Berkuasa Pilihan Raya pada petang Ahad.
Arevalo, dengan rancangannya untuk memerangi rasuah dan penghakisan demokrasi akan menggantikan penyandang konservatif Alejandro Giammattei, yang telah mencapai had penggalnya dan tidak dibenarkan bertanding semula.
Proses pilihan raya diselubungi percubaan oleh golongan politik dan pejabat peguam negara untuk menghalang kemaraan Arevalo menurut undang-undang.
Kesatuan Eropah menyatakan kebimbangan mengenai perkara ini.
-- BERNAMA
#pilihan raya presiden #Guatemala #Bernardo Arevalo #Sandra Torres
;