Arab Saudi tugaskan pegawai kesihatan pantau setiap 50 jemaah haji

Agensi
Julai 29, 2020 23:12 MYT
Tahun ini, hanya jemaah yang berusia antara 20 hingga 50 tahun dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima tersebut. - Reuters
KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi menugaskan barisan pegawai kesihatan untuk memantau dan menjaga setiap 50 jemaah haji pada tahun ini.
Langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini ditetapkan adalah sebagai mengawasi keadaan kesihatan para jemaah bagi mengelakkan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
Setiap pegawai kesihatan itu akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa jemaah jagaannya mengikuti langkah pencegahan ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Langkah-langkah tersebut meliput penjarakan sosial dan pergerakan di antara tempat-tempat suci, demi keselamatan dan keselesaan mereka, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pada Rabu, jemaah haji mula tiba di perkarangan Masjidil Haram dengan memakai pelitup muka serta bergerak dalam kumpulan kecil.
Kesemua mereka perlu mematuhi arahan penjarakan sosial dan tatasusila serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan COVID-19.
Menurut kerajaan Arab Saudi, semua jemaah dibenarkan untuk bergerak dalam kumpulan seramai 20 orang pada satu-satu masa.
Tahun ini, hanya jemaah yang berusia antara 20 hingga 50 tahun dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima tersebut.
Jelas kerajaan Arab Saudi juga, jemaah haji tahun ini juga perlu dikuarantin selama seminggu selepas selesai menunaikan ibadah berkenaan.
Hanya kira-kira seribu jemaah sahaja dibenarkan menunaikan ibadah berkenaan pada tahun ini.
Pada 2019, lebih 2.5 juta populasi manusia di dunia hadir ke Mekah hanya untuk menunaikan ibadah berkenaan.
#Arab Saudi #Haji #Islam #kerajaan #keselamatan #koronavirus #Mekah #pandemik #penjarakan sosial
;