Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan di kota Mekah menjelang ibadah haji
Astro Awani
Julai 16, 2021 07:39 MYT
Julai 16, 2021 07:39 MYT
MEKAH: Arab Saudi meningkatkan kawalan keselamatan di Mekah sebelum bermulanya ibadah haji tahun ini.
Pusat pemeriksaan dikawal rapi di luar bandar bagi memastikan jemaah Haji dengan permit yang disahkan sahaja dibenarkan masuk.
Pengawal keselamatan turut melakukan rondaan di kawasan utama sekitar Masjidil Haram dan Kaabah bagi memastikan jemaah patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Malah, anggota polis juga ditingkatkan di Pusat Kawalan 911 bagi membantu peningkatan panggilan kecemasan yang dijangka akan berlaku.
Untuk rekod, hanya 60,000 jemaah haji yang dibenarkan tahun ini.
Jemaah akan menggunaan kad pintar sebagai akses di semua tempat.