MOSCOW: Kerajaan Arab Saudi akan menyediakan bantuan kemanusiaan bernilai AS$400 juta kepada Ukraine, menurut Kementerian Luar pada Sabtu, lapor Sputnik.

Pengumuman itu susulan perbualan telefon antara Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu.

"Presiden (Zelenskyy) juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas keputusan kepimpinan Arab Saudi menawarkan pakej bantuan kemanusiaan tambahan untuk Ukraine bernilai (US$400 juta) untuk meringankan penderitaan rakyat Ukraine ekoran krisis itu," memetik kementerian itu dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

Salman berkata kerajaannya menyokong segala usaha untuk mengurangkan penderitaan selain bersedia meneruskan usaha rundingan.

Zelenskyy turut menyuarakan penghargaannya kepada Salman atas kesediaan Riyadh untuk meneruskan usaha meditasi dalam menyelesaikan konflik Ukraine.

Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu telah menyerahkan beberapa pakej bantuan kemanusiaan kepada warga Ukraine yang melarikan diri ke Eropah.

-- BERNAMA