Arab Saudi sambut Aidiladha hari ini
Astro Awani
Julai 9, 2022 11:15 MYT
Julai 9, 2022 11:15 MYT
MEKAH: Umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha dengan suasana meriah selepas dua tahun menjalani sekatan akibat pandemik COVID-19.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut setiap 1 Syawal.
Di Masjidil Haram, umat Islam berkumpul di hadapan Kaabah bagi mengerjakan solat Subuh berjemaah.
Hari Raya Aidiladha memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Ia disambut bagi menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Secara tradisinya, umat Islam akan melakukan aktiviti menyembelih haiwan korban yang terdiri daripada kambing dan lembu.
Daging tersebut kemudian akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan serta ahli keluarga dan sahabat handai.