Arab Saudi salur AS$5 juta sediakan makanan untuk rakyat Palestin di Gaza

Bernama
April 9, 2024 18:08 MYT
Dana itu akan menyediakan bantuan makanan yang dapat menyelamatkan nyawa kira-kira 377,000 orang di Semenanjung Gaza. - AP
MOSCOW: Arab Saudi telah menyalurkan AS$5 juta untuk Program Makanan Sedunia (WFP) bagi menyokong operasinya di Semenanjung Gaza dan menyediakan makanan kepada rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang terjejas akibat konflik itu, menurut WFP.
"Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan sumbangan AS$5 juta daripada Kerajaan Arab Saudi melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) untuk menyokong operasinya di Palestin," kata WFP dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Sputnik.
Dana itu akan menyediakan bantuan makanan yang dapat menyelamatkan nyawa kira-kira 377,000 orang di kawasan berkenaan, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #Gaza #Palestin #program makanan sedunia #WFP
;