Arab Saudi perkukuh hubungan dengan AS, China

Bernama
Julai 17, 2022 03:30 MYT
Adel al-Jubeir (kanan) hadir pada satu sidang media di Jeddah, Arab Saudi, 16 Julai 2022. REUTERS
RIYADH: Arab Saudi akan terus memperkukuh kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, memetik Menteri Hal Ehwal Luar, Adel al-Jubeir, dalam temu bual dengan CNBC pada Sabtu lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata, Arab Saudi membina jambatan penghubung dengan semua pihak dan tidak memandang satu pihak itu eksklusif berbanding yang lain.
"China adalah rakan dagang terbesar kami. Ia adalah pasaran yang besar untuk tenaga dan pasaran besar pada masa depan. China adalah pelabur besar di Arab Saudi.
"AS sudah tentu rakan kongsi nombor satu kami dalam hal keselamatan dan penyelarasan politik, serta pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara," kata al-Jubeir.
Kenyataan itu dibuat susulan kunjungan Presiden Joe Biden di Arab Saudi pada Jumaat sempena acara lawatannya ke Timur Tengah termasuk Israel dan Tebing Barat.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #perkukuh hubungan #Amerika Syarikat #China