Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin

Bernama
Oktober 15, 2024 07:10 MYT
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
AMMAN: Duta Arab Saudi ke Jordan, Naif Al-Sudairi pada Isnin menyampaikan cek kepada Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini sebagai sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi bagi menyokong program dan operasi UNRWA, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Al-Sudairi menekankan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam menyokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Lazzarini melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan itu, sambil menyatakan bahawa ia akan membolehkan UNRWA terus menyediakan perkhidmatan penting termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada pelarian Palestin yang terdedah di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.
Beliau menekankan situasi yang teruk di Gaza, di mana lebih 650,000 kanak-kanak tidak bersekolah dan mengalami trauma psikologi.
Lazzarini turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan undang-undang Israel yang menyasarkan UNRWA dan keadaan yang semakin merosot di Gaza berikutan serangan Israel baru-baru ini.
- BERNAMA
#Arab Saudi #UNRWA #pelarian Palestin #israel serang gaza
;