Arab Saudi memintas 526 drone peledak, 346 peluru berpandu balistik
Astro Awani
Februari 28, 2021 10:45 MYT
Februari 28, 2021 10:45 MYT
RIYADH: Kerajaaan Arab Saudi berjaya memintas sebanyak 526 drone dan 346 peluru berpandu balastik.
Menurut jurucakap Koalisi Arab Turki, Al-Maliki, tiada negara lain selain Arab Saudi yang memiliki kebolehan tersebut.
Ia susulan Arab Saudi berdepan dengan serangan peluru berpandu balistik yang menyasarkan ibu kota Riyadh selain menggunakan enam drone peledak di bandar-bandar selatan negara tersebut yang dilancarkan kumpulan militan Houthi dipercayai disokong oleh Iran di Yaman.
"Milisi Houthi adalah satu-satunya kumpulan pengganas di dunia yang memiliki kemampuan ketenteraan ini dengan sokongan Pengawal Revolusi Iran.
"Serangan Houthi dikaitkan dengan arahan dan perintah para jeneral Iran yang mengawal milisi di Sanaa," katanya yang dipetik laporan Al Arabiya.
Al-Maliki menambah, Gabungan Arab bagaimanapun mempunyai kemampuan untuk berdepan dengan ancaman itu yang menyasarkan orang awam.
Katanya, sasaran kumpulan militan berkenaan adalah kepada orang awam yang tidak bersalah.
#Arab Saudi
#Turki
#militan
#pengganas
#serangan
#drone
#peluru berpandu
#tentera Arab Saudi
#Al Arabia
#Gabungan Arab
#kumpulan militan Houthi