Arab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19

Bernama
Mac 23, 2022 12:53 MYT
Sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.- Gambar fail/REUTERS
RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.
Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #mansuh sekatan #COVID-19 #kuarantin
;