Arab Saudi mahu bawa Israel-Palestin ke meja rundingan

Astro Awani
Oktober 16, 2020 08:00 MYT
Jelas Putera Faisal, hanya perjanjian meja rundingan dapat memberikan keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Palestin dan Israel. -REUTERS
RIYADH: Fokus utama usaha perdamaian Asia Barat adalah untuk membawa Israel dan Palestin ke meja rundingan.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud pada Khamis.
Jelasnya, hanya perjanjian meja rundingan dapat memberikan keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Palestin dan Israel.
Terdapat spekulasi Arab Saudi akan mengikuti jejak Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang menandatangani perjanjian menjalinkan hubungan formal dengan Israel.
Menteri Luar Arab Saudi itu juga berharap dapat menyelesaikan perselisihan yang menyebabkan Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan politik, perdagangan dan pengangkutan dengan Qatar sejak 2017.
Keempat-empat negara Arab itu menuduh Qatar menyokong keganasan dan bersekongkol dengan Iran.
#Israel #Arab Saudi #Qatar #UAE #Mesir #keganasan #Iran
;