Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia

Bernama
Julai 11, 2024 11:40 MYT
Menara Sukan Global direka untuk mencapai ketinggian 130 meter dengan keluasan dalaman kira-kira 84,000 meter persegi. Yayasan Sports Boulevard dipengerusi Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman. - Foto Saudi Buzz
RIYADH: Arab Saudi meluluskan reka bentuk menara sukan tertinggi di dunia yang akan dibina di Riyadh, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Saudi pada Rabu.
The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.
Menurut laporan, menara ini direka untuk mencapai ketinggian 130 meter dengan keluasan dalaman kira-kira 84,000 meter persegi.
Ia akan merangkumi lebih 30 kemudahan sukan dan tembok panjat (climbing wall) dalam bangunan setinggi 98 meter dan dijangka menjadi yang tertinggi di dunia.
Arab Saudi melancarkan projek Sports Boulevard pada 2019, yang direka merangkumi lebih 4.4 juta meter persegi kawasan hijau, ruang terbuka dan sehingga 50 kemudahan sukan pelbagai disiplin.
-- BERNAMA
#Global Sports Tower #Arab Saudi