Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024

Dzulfitri Yusop
Jun 9, 2024 21:11 MYT
Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji. - Astro AWANI
MEKAH: Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Arab Saudi keluarkan 1.7 juta kad Nusuk untuk kelancaran Haji 1445H/2024.
  • Kad Nusuk dengan ciri keselamatan terkini, termasuk kod QR, untuk pengesahan pantas dan butiran peribadi.
  • Kad tersedia dalam format digital dan fizikal, memudahkan akses dan pengesahan jemaah Haji di Tanah Suci.

Kad ini memainkan peranan penting dalam menentukan identiti setiap jemaah haji dan dilengkapi dengan ciri pelbagai fungsi untuk memudahkan proses mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Dr Esam Qattan, Timbalan Penyelia Projek Kad Nusuk, berkata teknologi kad ini menggabungkan ciri keselamatan terkini yang serupa dengan yang terdapat pada kad kredit.
Selain itu, setiap kad termasuk kod respons pantas (QR) untuk pengesahan pantas.
Kad ini mengandungi butiran peribadi yang komprehensif, termasuk maklumat pasport dan visa, lantas berfungsi sebagai dokumen pengenalan rasmi untuk jemaah haji semasa berada di Tanah Suci.
Kad Nusuk disediakan dalam dua format, iaitu digital dan fizikal.
Kad tersebut membolehkan jemaah haji mengakses dan bergerak di dalam Tanah Suci dengan lancar.
Ia juga memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengesahkan jemaah haji.
#Berita Terkini Haji #Mekah #Kad Nusuk #Arab Saudi
;