Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap lelaki tikam anggota pertunjukan di Riyadh
Agensi
Disember 29, 2019 19:54 MYT
Disember 29, 2019 19:54 MYT
Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang bertindak menikam tiga anggota sebuah persembahan teater sewaktu pertunjukan secara langsung di ibu kota Riyadh November lalu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu siaran televisyen negara itu, al-Ekhbariya pada Ahad.
Sementara seorang lagi lelaki yang berhadapan perbicaraan yang sama, dihukum penjara selama 12 tahun dan 6 bulan.
Kejadian 6 November itu berlaku di King Abdullah Park, sewaktu berlangsungnya festival hiburan selama sebulan yang diadakan oleh kerajaan untuk menjadikan rakyat negara itu lebih terbuka dan mempelbagaikan sumber ekonomi selain dari minyak.