Arab Saudi dilanda salji sejak Sabtu

Astro Awani
Januari 3, 2022 07:20 MYT
Ratusan kenderaan dilihat di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu. -Twitter/@CICSaudi
RIYADH: Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.
Dilaporkan ratusan kenderaan dilihat berhenti di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.
Persekitaran kawasan pergunungan itu hampir keseluruhannya diselimuti salji.
Ia dilihat jarang berlaku kerana kawasan itu biasanya panas kerana di padang pasir.
Pusat meteorologi Arab Saudi pada Isnin melaporkan ribut petir dijangka berlaku.
Hujan lebat dan hujan batu dijangka berlaku di Mekah, Riyadh serta beberapa kawasan lain di negara itu.
#Arab Saudi #salji #hujan batu #Tabuk
;