"Arab Saudi dah banyak berubah, kenapa kita tak boleh bersahabat?"- Boris Johnson

Agensi
Mac 8, 2018 08:43 MYT
Boris Johnson mempeertahankan hubungan Britain dan Arab Saudi yang merupakan pelanggan terbesar senjata api buatan United Kingdom - Foto REUTERS
“Saya tidak rasa anda faham apa yang sedang berlaku di Arab Saudi.” Itu kenyataan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson menjawab kritikan rakyat negara itu mengenai hubungan akrab Britain dan negara itu.
Jelas Johnson Arab Saudi kini sedang melalui proses reformasi di bawah kepimpinan Raja Salman Abdul Aziz.
Menurutnya lagi sejak Mohammed bin Salman dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi, pembaharuan di Arab Saudi kian ketara antaranya pelonggaran beberapa sekatan ke atas golongan wanita.
“Wanita sudah dibenarkan memandu kereta, bermakna pemerkasaan rakyat sedang berlaku di sana, perubahan dalam cara hidup dan ekonomi yang saya kira amat signifikan,” jelas Johnson.
Johnson berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir di London.
Baca: "Perdana menteri wanita Arab Saudi? Tengoklah nanti." - Adel al-Jubeir
Arab Saudi adalah sekutu utama Britain di rantau Arab selain merupakan pelanggan utama senjata api buatan United Kingdom (UK)
#Arab Saudi #Britain #London #Mohammed bin Salman #Raja Salman #rakyat #United Kingdom #wanita
;