Apple Vision Pro dijual di beberapa negara bermula 12 Julai
Bernama
Jun 29, 2024 13:15 MYT
Jun 29, 2024 13:15 MYT
CUPERTINO: Apple Vision Pro kini tersedia di beberapa negara selain Amerika Syarikat termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.
Ini menandakan kali pertama produk itu dilancarkan di peringkat antarabangsa, manakala prapesanan turut dibuka di lima lokasi lain seperti Kanada, Jerman, Perancis, Australia dan UK, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jualan rasmi produk itu bermula pada 12 Julai.
Harga Apple Vision Pro berbeza mengikut negara.
Di China, harga permulaan adalah kira-kira 18 peratus lebih tinggi berbanding di AS, dengan harga 29,999 yuan atau kira-kira AS$4,128 berbanding harga runcit AS$3,500 di AS.
Bagi pelanggan di UK, Apple mengumumkan bahawa pihaknya boleh menjadualkan demonstrasi peribadi Apple Vision Pro di lokasi Apple Store terpilih bermula dari 12 Julai.
-- BERNAMA