Apple umum peranti baharu termasuk iPhone 6 dan Apple Watch

Astro Awani
September 10, 2014 00:50 MYT
Apple pada Selasa mengumumkan tiga produk terbarunya iaitu iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch - Foto EPA
Produk-produk terbaharu syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat, Apple Inc yang dinanti-nantikan boleh dimiliki oleh pengguna bermula 19 September ini.
Ia susulan pengumuman syarikat itu pada Selasa mengenai beberapa pembaharuan produknya termasuk tiga produk terbaharunya iaitu iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook melancarkan tiga produk itu di Cupertino, California awal hari ini.
Paling mencuri perhatian, pengumuman Apple Watch atau jam tangan Apple yang berfungsi sebagai jam tangan pintar dengan kelebihan skrin sesentuh.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook melancarkan tiga produk Apple di Cupertino, California awal hari ini - Foto EPA
Penggemar telefon pintar iPhone pasti tertarik dengan keluaran model terbaru ini di mana ianya bersaiz lebih besar daripada model-model sebelum ini.
Skrin iPhone 6 berukuran 4.7 inci manakala skrin bagi iPhone 6 Plus adalah lebih besar iaitu 5.5 inci.
Apple turut mengumumkan bahawa alat peranti ini juga mempunyai jangka hayat bateri lebih lama berbanding produknya sebelum ini.
#Apple #iPhone #tim cook #watch