Apple sasar permintaan iPhone 16 lebih tinggi tahun ini, selari pengenalan integrasi AI

Amanz
Julai 11, 2024 12:39 MYT
Apple menyasarkan permintaan iPhone 16 lebih tinggi, selari pengenalan ciri Apple Intelligence dan integrasi kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka. -Amanz
APPLE kini dilaporkan telah memaklumkan para pembekal mereka untuk meningkatkan pengeluaran sekitar 10%, sekali gus dilihat menyasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 90 juta unit untuk siri iPhone 16 yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.
Apple menyasarkan permintaan iPhone 16 lebih tinggi, selari pengenalan ciri Apple Intelligence dan integrasi kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka – memerlukan tenaga pemprosesan lebih tinggi, sekali gus dijangka membuatkan pengguna akan beralih ke peranti versi baharu.
Perkongsian Bloomberg ini turut memperlihatkan Apple menyasarkan pendapatan tahunan 2024 yang lebih tinggi, selari pengenalan ciri kecerdasan buatan pada sistem operasi mereka.
Buat masa ini, Apple dilihat masih mencari rakan kerjasama untuk integrasi kecerdasan buatan.
Ketika pengenalan Apple Intelligence tempoh hari, Apple mengumumkan integrasi sokongan daripada ChatGPT.
Namun, salah satu pasaran Apple terbesar, iaitu China, tidak mempunyai sokongan ChatGPT – membuatkan Apple mencari rakan kerjasama tempatan di sana, yang masih belum diumumkan buat masa ini. -Amanz
#Apple #iPhone 16 #Apple Intelligence #kecerdasan buatan
;