Apple pernah pertimbang buang USB-C pada iPhone 17 Air
Amanz
Mac 17, 2025 13:00 MYT
Mac 17, 2025 13:00 MYT
Apple pernah pertimbang buang USB-C pada iPhone 17 Air dan gunakan pengecasan nirwayar sepenuhnya, tetapi membatalkan perancangan tersebut. -Gambar fail/Amanz
APPLE pada tahun ini sedia diperkatakan bakal hadir dengan telefon yang nipis, dinamakan iPhone 17 Air, sekali gus menggantikan penawaran iPhone Plus.
Ringkasan AI
- Apple mempertimbangkan untuk membuang USB-C pada iPhone 17 Air dan menggunakan pengecasan nirwayar sepenuhnya, tetapi membatalkan perancangan tersebut.
- iPhone 17 Air dijangka mempunyai ketebalan 5.5mm, satu speaker, dan satu kamera belakang sahaja untuk memastikan rekaan yang nipis.
- Apple dijangka mengumumkan siri iPhone 17 pada September, menggantikan penawaran iPhone Plus dengan iPhone 17 Air.
Berserta rekaan nipis, ia juga dijangka membawa beberapa perubahan bersama dengannya.
Salah satu perkara yang dipertimbangkan oleh Apple pada iPhone 17 Air adalah termasuk membuang USB-C untuk pengecasan, dan menggunakan pengecasan nirwayar sepenuhnya.
Ia sekali gus mungkin memposisikan iPhone 17 Air sebagai telefon pertama tanpa sebarang port sambungan oleh Apple.
Namun, Apple membatalkan perancangan berkenaan.
Mengikut Bloomberg, iPhone 17 Air dijangka membawa ketebalan 5.5mm, dan menyertakan hanya satu speaker, serta hanya satu kamera belakang sahaja.
Langkah ini dikatakan diambil dalam memastikan peranti berkenaan nipis dan tidak tebal.
Apple dijangka mengumumkan siri iPhone 17 pada September kelak, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya menjelang tarikh tersebut.
Selain Apple, beberapa pengeluar pernah bereksperimen dengan peranti tambah sebarang port, dan salah satunya adalah Vivo melalui peranti Vivo Apex pada 2019 yang lepas. -Amanz