Apple kemas kini perisian OS X elak risiko pencurian data

Astro Awani
Februari 25, 2014 07:30 MYT
Apple mengeluarkan perisian untuk membaiki kecacatan dalam sistem operasi OS Xnya.
Sistem berkenaan sebelum ini menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko pencabulan sekuriti, ketika melayari internet.
Minggu lalu, Apple turut mengeluarkan perisian terbaru, kepada pengguna iPhone, iPad dan iPod, bagi melindungi mereka daripada kecurian data.
Hasilnya, Apple mendapati, masalah sama juga berlaku terhadap produk komputer riba dan komputer meja yang menggunakan perisian OS X.
Masalah tersebut pertama kali dikesan ke atas pengguna telefon pintar Apple yang menggunakan sistem iOS7.
Ia menyebabkan data yang dihantar menerusi laman web Safari, tidak selamat
Menurut penyelidik, masalah kecacatan keselamatan untuk perisian tersebut telah wujud beberapa bulan.
Namun, tiada laporan diterima mengenainya.
#Apple #OS X
;