Apple Intelligence perlu 4GB storan pada iPhone

Amanz
September 25, 2024 12:00 MYT
Apple Intelligence akan tersedia kepada semua pengguna melalui kemas kini iOS 18.1 pada bulan hadapan, memerlukan storan 4GB pada iPhone. -Amanz
APPLE Intelligence masih belum sedia diberikan kepada semua pengguna dengan ia akan diberikan sebagai kemas kini iOS 18.1 pada bulan hadapan.

Ringkasan AI
  • Apple Intelligence akan tersedia kepada semua pengguna melalui kemas kini iOS 18.1 pada bulan hadapan, memerlukan storan 4GB pada iPhone.
  • Ia boleh menjana imej, menghasilkan emoji baharu (Genmoji), dan memberikan bantuan penulisan (Writing Tools).
  • Apple Intelligence hanya disokong pada iPhone 15 Pro, 15 Pro Max, dan keempat-empat model iPhone 16.

Kepada mereka yang teruja untuk menggunakan ciri ini, Apple mengesahkan Apple Intelligence memerlukan storan 4GB pada iPhone sebelum boleh digunakan.
Ini adalah kerana seperti model Apple Intelligence beroperasi terus pada peranti dan ia memerlukan storan yang agak besar.
Ia boleh menjana imej berdasarkan prom, menghasilkan emoji baharu menerusi Genmoji dan memberikan bantuan penulisan menerusi Writing Tools.
Ini adalah perkara yang sama seperti Gemini pada peranti Google Pixel 9 Pro yang turut mengambil ruang storan peranti.
Setakat ini hanya saiz storan yang diperlukan pada iPhone sahaja didedahkan. Tiada maklumat storan yang diperlukan pada iPad dan komputer Mac ketika artikel ini ditulis.
Dalam dokumen yang diberikan bersama iOS 18.1 Beta yang sedang diuji, Apple sekali lagi mengesahkan Apple Intelligence hanya disokong pada iPhone 15 Pro, 15 Pro Max, dan keempat-empat model iPhone 16. -Amanz
#Google #Apple Intelligence #iOS 18 1 #storan 4GB
;