Apple dilapor mahu guna artikel berita untuk latih model AI sendiri

Amanz
Disember 24, 2023 15:30 MYT
Apple dilapor sedang membangunkan secara dalaman “Apple GPT” yang mungkin diperkenalkan seawal tahun 2024. - Gambar hiasan/ Amanz
APPLE kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama beberapa penerbit berita untuk melesenkan kandungan mereka dan menggunakannya dalam melatih model bahasa bagi digunakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Antara nama yang dilaporkan dalam perbincangan bersama pihak Apple termasuk Conde Nast dan NBC News.
Seperti ramai sedia maklum, dengan melatih model bahasa tersendiri dengan kandungan yang baik, ia akan membolehkan maklum balas yang lebih baik diberikan oleh sesuatu model AI berkenaan.
Pada hari ini, arena AI sedia diterajui oleh beberapa pihak, termasuk OpenAI dan juga Google. Apple masih mendiamkan diri berkenaan perkara ini, dan ramai yang menantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh Apple.
Beberapa laporan sebelum ini turut menyatakan Apple sedang membangunkan secara dalaman “Apple GPT” yang mungkin diperkenalkan seawal tahun 2024. - Amanz
#Apple #AI #kecerdasan buatan #artikel berita
;