Apple buang ratusan pekerja sebab projek dibatalkan

Amanz
April 5, 2024 10:40 MYT
Sebelum ini, ramai menyasarkan sejumlah pekerja yang terkesan dengan projek yang dibatalkan, namun, Apple nampaknya mengambil langkah untuk hanya melakukannya dengan sebahagian besar pekerja, bukan keseluruhan pasukan.
PELBAGAI syarikat teknologi sedia membuang sejumlah pekerja sejak penghujung tahun lepas – dalam usaha mengoptimasikan kos, menjadikan operasi lebih efisien, serta ada juga disebabkan oleh penggunaan kecerdasan buatan dan sebagainya. Terbaru, Apple dilaporkan turut membuang sekitar 700 orang pekerja di syarikat berkenaan.
Ia dikatakan kebanyakan pekerja adalah daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain pekerja disebabkan oleh pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED. Namun, pada masa yang sama, mengikut wartawan Bloomberg, angka pekerja yang dibuang adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan ini – kerana angka yang dilaporkan hanya melibatkan pekerja di California sahaja.
Sebelum ini, ramai menyasarkan sejumlah pekerja yang terkesan dengan projek yang dibatalkan mungkin diaturkan di bawah bahagian baharu. Namun, nampaknya Apple mengambil langkah untuk hanya melakukannya dengan sebahagian besar pekerja, dan bukan keseluruhan pasukan berkenaan.

The actual number is higher. Apple had a car presence in Arizona (divided between employees and contractors) and many display engineers in Asia. Those layoffs arent included in the 614 people reported to California. https://t.co/Gv0WHkMW8Y

— Mark Gurman (@markgurman) April 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Apple #buang pekerja #projek batal #kecerdasan buatan
;