Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 dijangka diperkenal

Amanz
Ogos 27, 2024 11:30 MYT
Di samping iPhone 16, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch baharu, selain AirPods 4 pada acara sama. - Foto Amanz/Agensi
APPLE hari ini secara rasminya mengumumkan penjadualan sebuah acara khas pada 10 September 2024, pukul 1 pagi, waktu Malaysia.
Apple menggunakan tema 'Its Glowtime' untuk acara khas ini, yang akan disiarkan langsung secara dalam talian.
Apple dijangka memperkenalkan beberapa produk baharu pada acara berkenaan, dan dijangka mencuri perhatian ramai adalah iPhone 16.
Sebanyak 4 model iPhone 16 akan diperkenalkan, dan ia juga dijangka akan menjadi iPhone terawal Apple yang hadir dengan integrasi kecerdasan buatan, atau apa yang dipanggil oleh Apple sebagai Apple Intelligence.
iPhone baharu ini juga dijangka membawa sebuah butang fizikal khusus untuk memudahkan rakaman gambar.
Di samping iPhone 16, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch baharu, selain AirPods 4 pada acara sama.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan 10 September 2024 ini, untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Apple melalui acara ini. - Amanz
#Apple #iPhone 16 #acara khas #Glowtime