Aplikasi beri bantuan halang mereka yang berhasrat bunuh diri dilancar

AFP
Oktober 30, 2014 11:13 MYT
Antara perkataan yang dicari adalah "penat hidup seorang","benci diri sendiri", "rasa murung", "bantu saya" dan "perlukan seseorang untuk berbicara".
Sebuah pertubuhan kebajikan British melancarkan sebuah aplikasi yang dikatakan mampu mengesan sebarang kenyataan berkaitan hasrat untuk membunuh diri oleh pengguna media sosial Twitter, sekaligus diharap dapat memberikan amaran awal bagi mengelakkannya dari berlaku.
Antara perkataan yang dicari adalah “penat hidup seorang”,"benci diri sendiri”, “rasa murung”, “bantu saya” dan “perlukan seseorang untuk berbicara”.
Sekiranya ayat-ayat terbabit dikesan (dalam bahasa Inggeris), satu mesej dalam bentuk emel akan dihantar kepada alamat atau link tweet terbabit sambil menawarkan khidmat nasihat dan sokongan.
Aplikasi yang dinamakan Samaritans Radar dibina oleh sebuah agensi digital, Jam dan mensasarkan pengguna yang berusia 18 hingga 35 tahun, golongan paling aktif di media sosial.
“Kami sedar ramai yang bermasalah mencari sokongan menerusi talian,” kata Joe Ferns, Pengarah Eksekutif Polisi, Penyelidikan dan Pembangunan Samaritans Radar.
“Bagaimanapun masih ada banyak yang perlu dipelajari mengenai mengapa ini berlaku (niat membunuh diri) dan kaedah menerusi talian adalah sesuai dengan kumpulan mereka yang bermasalah.
“Dengan tidak menangani isu ini, kita menghadapi risiko yang perbincangan mengenainya akan terhenti dan kumpulan ini tidak akan tampil (mengadu).
“Sebaliknya kita harus menggunakan aplikasi Samaritans Radar untuk menggalakkan orang ramai membantu golongan itu dan menghulurkan sokongan," kata Ferns lagi.
#bunuh diri #Samaritans Radar #Twitter
;