Apartmen tiga tingkat runtuh, enam disahkan terkorban
Khairunnisa Kasnoon
Disember 3, 2020 00:12 MYT
Disember 3, 2020 00:12 MYT
ISKANDARIAH: Enam individu dilaporkan maut selepas sebuah bangunan apartmen tiga tingkat di Iskandariah, Mesir runtuh pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.
Antara mangsa maut termasuk dua wanita dalam lingkungan usia 20-an.
Runtuhan itu turut menjejaskan bangunan bersebelahan, memaksa penduduknya dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Menurut pihak berkuasa, penduduk terlibat dijanjikan penempatan sementara.
Gabenor Iskandariah, Mohammed el-Sharif memaklumkan, laporan awal menunjukkan dua keluarga dari sembilan orang berada di dalam bangunan ketika ia runtuh.
Bagaimanapun, punca runtuhan masih dalam siasatan.
Bangunan apartment yang runtuh tersebut merupakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1940-an.