Apartmen runtuh di Perancis, 2 maut
AFP
April 28, 2013 22:16 MYT
April 28, 2013 22:16 MYT
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 14 cedera pada Ahad apabila sebahagian daripada blok sebuah apartmen di Reims, Perancis runtuh dipercayai akibat letupan gas.
Anggota bomba masih mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di mana kira-kira 10 blok pangsapuri runtuh.
Jurucakap dari wilayah Marne, di mana Reims terletak, berkata dua orang dewasa terbunuh dan 14 lagi cedera, termasuk kanak-kanak.
Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian – memetik kenyataan pihak penyelamat - berkata ramai anggota bomba masih mencari mangsa di bawah runtuhan.
Bangunan berkenaan yang merupakan antara bangunan lama di kawasan berkenaan telah diubahsuai beberapa tahun lalu.
Ini adalah kemalangan terbaru itu berlaku di kawasan Marne bulan ini.
Pada awal April, empat orang dari keluarga yang sama telah terbunuh dan seorang lagi cedera parah apabila satu letupan gas berlaku di sebuah flat yang terletak di WITRY-les-Reims, tidak jauh dari tempat kejadian terbaru ini.
Insiden itu mengejutkan penduduk tempatan terutama sekali si bapa yang masih hidup ketika anggota bomba tiba, bercakap dengan mereka selama lebih dua jam untuk cuba membantu mencari isteri dan anak beliau, sebelum mati dalam ambulans.