Apartmen 33 tingkat terbakar, 15 penghuni dikejar ke hospital

Afiq Ariffin
Oktober 8, 2020 06:59 MYT
Kebakaran sekitar jam 11.05 malam waktu tempatan itu dipercayai bermula di tingkat 12 bangunan kediaman tersebut sebelum merebak pantas ke seluruh blok. -AP
SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam dikejarkan ke hospital setelah terperangkap dalam kebakaran sebuah bangunan apartmen 33 tingkat di Korea Selatan.
Kejadian berlaku pada Khamis di daerah Dal Dong, di barat laut Busan.
Kebakaran sekitar jam 11.05 malam waktu tempatan itu dipercayai bermula di tingkat 12 bangunan kediaman tersebut sebelum merebak pantas ke seluruh blok.
Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api kebakaran yang membakar 136 unit kediaman.
Rakaman video menunjukkan api menjulang tinggi dan kepulan asap dilihat jelas dari udara dengan beberapa keping konkrit besar jatuh ke jalan.
Menurut laman berita tempatan, api merebak dengan cepat disebabkan angin kencang yang melanda kawasan itu.
Angin juga menyebarkan api merebak ke pusat beli-belah di sebelah blok kediaman berkenaan, namun ia berjaya dipadamkan, lapor Chosun.com.
#kebakaran #apartmen 33 tingkat #Dal Dong #Busan #Terperangkap dalam kebakaran #angin kencang
;