Apabila Raja Rimba datang dekat...

Agensi
November 30, 2017 06:58 MYT
Mendekati sekumpulan singa adalah pengalaman yang luar biasa - Gambar fail
Kalau biasa kita saksikan haiwan liar di dalam sangkar, tapi apa pula rasanya kalau haiwan tengok kita dari luar sangkar?
Begitulah senario di sebuah zoo, Zoos South Australia, yang terletak di Adelaide.
Mereka mahu mencipta satu pengalaman yang luar biasa buat pengunjung, lebih dekat dengan sekumpulan Raja Rimba.
Melalui aktiviti yang diberi nama Lions360 ini, pengunjung akan diletakkan di dalam sangkar dan kemudian mendekati singa-singa tersebut.
Menurut pihak zoo, idea ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa sebaliknya ia sama seperti konsep aktiviti menyelam untuk melihat ikan jerung dengan lebih dekat.
Sangkar untuk Lions360 ini dibina dengan harga lebih 700,000 dolar Australia dan pihak zoo berharap tarikan terbaru ini meningkatkan jumlah pengunjung ke zoo tersebut.
#Adelaide #Australia #dalam sangkar #Lions360 #Menarik di Adelaide #Raja Rimba #sangkar #singa #Singa datang dekat #tengok singa #video singa #zoo #Zoos South Australia
;