Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah?
Astro Awani
November 27, 2024 06:45 MYT
November 27, 2024 06:45 MYT
SEPERTI yang seluruh dunia sedia maklum, Israel dan pasukan pejuang Hezbollah di Lubnan sudah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata berkuatkuasa 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Persetujuan itu dicapai selepas lebih 13 bulan persengketaaan dan pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak berkenaan.
Berikut antara kandungan dalam perjanjian gencatan senjata itu:
- Hezbollah diberi masa 60 hari untuk menamatkan kehadiran bersenjatanya di selatan Lubnan.
- Tentera Israel juga mesti berundur dari kawasan itu dalam jangka masa yang sama.
- Tentera Lubnan akan mengerahkan tentera ke zon ini dan menjadi satu-satunya kumpulan bersenjata yang dibenarkan di kawasan itu, di samping misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Perjanjian gencatan senjata ini berbentuk kekal, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, yang membantu penyelarasan perjanjian itu.
- Israel dan Hezbollah masih mempunyai "hak untuk mempertahankan diri."