Apa yang anda tahu pasal "Microwave Challenge"?
Astro Awani
April 4, 2019 10:42 MYT
April 4, 2019 10:42 MYT
Memang tidak pernah terlintas di fikiran, sebuah alat pemanas makanan, ketuhar gelombang mikro dapat menjadi satu inspirasi kepada golongan millennial untuk jadikan ia sebagai aksi cabaran yang viral.
Fenomena baharu yang digelar sebagai “Microwave Challenge” yang diinspirasikan daripada kumpulan BTS menunjukkan seolah-olah mereka yang menyahut cabaran ini seperti berada di dalam ketuhar gelombang mikro dan sedang berpusing.
Segalanya bermula dengan pengguna aplikasi TikTok @djtaylortot, yang memuat naik sebuah video dirinya sedang berpusing dan dimainkan lagu "Slow Dancing in the Dark" nyanyian artis terkenal dari Jepun, Joji.
Dalam rakaman video itu, Taylor yang sedang duduk dan berputar perlahan sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ramai netizen.
Bagaimanapun, tanda tanya itu kemudiannya bertukar menjadi keinginan pengikut Taylor yang turut melakukan aksi serupa serta meletakkan kapsyen “Can we make this a chain please?”
Memandangkan aksi itu dinamakan sebagai cabaran, maka banyak halangan dan kesukaran yang harus dilalui oleh mereka yang berkeinginan melalukan "Microwave Challenge" itu.
Namun begitu, di luar kesedaran, “Microwave Challenge” disahut seramai 126 juta orang di seluruh dunia berdasarkan jumlah hashtags di di aplikasi TikTok
Tiada yang mustahil
Sebagai menyahut cabaran yang sama, beberapa wartawan Astro AWANI turut melakukan aksi yang serupa.
Dan kini, kami mahu mengajak anda yang sedang membaca artikel ini untuk menyahut cabaran kami pula.
Tinggalkan seketika tekanan kerja dan cuba lakukan "Microwave Challenge" ini.
Pergerakan berpusing yang sering kita lihat dalam ketuhar gelombang mikro sementara menunggu sajian makanan dipanaskan, itulah gaya ditiru oleh mereka yang telah mencuba trend baharu ini.
Sesetengah yang mencuba cabaran itu juga ada menggunakan bantuan seseorang bagi menggerakkan badan mereka.
Tidak kira bagaimana caranya, tujuan asal “Microwave Challenge” ini adalah hanya untuk kelihatan berputar dengan lancar.
Memang terbukti, sesuatu yang unik di media sosial pastinya mendapat perhatian ramai dan “Microwave Challenge” ini dikatakan sebagai sebuah lagi fenomena akan tetapi ianya tidak berisiko seperti “Keke Challenge” yang merupakan virus besar bagi tahun lepas.
Kongsikan video anda sedang menyahut cabaran “Microwave Challenge” yang diinspirasikan oleh BTS ini dengan hashtag #microwavechallenge.
Jangan lupa masukkan hashtag #AwaniChallenge #AwaniMicrowaveChallenge.
#BTS
#K-pop
#Keke Challenge
#Mannequin Challenge
#media sosial
#Microwave Challenge
#Slow Dancing In The Dark
#TikTok