Apa kandungan posting Instagram pertama Ratu Elizabeth II?
Agensi
Mac 8, 2019 21:01 MYT
Mac 8, 2019 21:01 MYT
RATU Elizabeth II buat julung kalinya memuat naik status di akaun Instagram rasmi kerabat diraja iaitu ‘theroyalfamily’ yang mempunyai seramai 4.8 juta pengikut pada Khamis.
Ketua Negara Komanwel itu memuat naik gambar surat dari kurun ke-19 pencipta dan pakar matematik, Charles Bababge kepada Ratu Victoria dan Putera Albert semasa berkunjung ke Muzium Sains berkenaan sempena pameran musim panas.
Status berkenaan yang dibuat melalui tablet iPad itu bertujuan mempromosikan muzium yang terletak di London itu.
“Hari ini, saya melawat Muzium Sains dan saya sungguh teruja apabila menemui surat daripada arkib diraja yang ditulis pada tahun 1843 kepada Raja Albert.
"Charles Cabbage dikenali sebagai seorang individu yang mencipta komputer yang mana memberi peluang kepada Putera Albert untuk melihat protaip alat itu pada Julai 1843.
"Di dalam surat itu, Babbage memberitahu Ratu Victoria mengenai ciptaannya iaitu Analytical Engine yang merupakan program komputer pertama direka oleh Ada Lovelace, anak perempuan kepada Lord Byron.
Hari ini, saya senang belajar tentang inisiatif pengkodan komputer kanak-kanak. Saya rasa ia amat sesuai untuk diterbitkan di dalam Instagram. Muzium Sains telah lama memperjuangkan teknologi dan inovasi dan memberi inspirasi kepada pencipta generasi akan datang," tulisnya dalam kapysen.
Status itu diakhiri dengan ‘Elizabeth R’.
Instagram memberi respon kepada status itu dengan membalas ‘yes queen’ beserta emoji mahkota.
#Instagram
#London
#musim panas
#muzium sains
#putera albert
#Queen Elizabeth II
#Ratu Elizabeth II
#Status
#surat