Apa itu belon pengintip China yang 'terlepas' ke ruang udara Amerika Syarikat?

Agensi
Februari 5, 2023 13:07 MYT
Belon pengintip China dikatakan terbang ke barat laut AS, lokasi menempatkan pangkalan udara dan peluru berpandu strategik bawah tanah. - AP
AMERIKA SYARIKAT (AS) dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara itu pada Sabtu.
Negara itu sebelum itu sedang menjejaki belon pengintip milik China yang dilaporkan berada di ruang udaranya bermula dari sempadan Kanada dan kemudian memasuki Montana.
Belon itu juga dikatakan terbang ke barat laut AS, lokasi menempatkan pangkalan udara dan peluru berpandu strategik bawah tanah.
Apakah belon pengintip ini? Berikut ringkasan mengenainya:
- Belon pengintip kontemporari dilengkapi dengan peralatan pengintipan, seperti kamera, digantung di bawah belon yang terapung di atas kawasan tertentun. Peralatan yang dipasang pada belon mungkin termasuk radar dan berkuasa solar.
- Belon pengintip biasanya beroperasi pada 24,000 meter hingga 37,000 meter, jauh di atas tempat lalu lintas udara komersial terbang.
- Belon itu boleh mengimbas lebih banyak wilayah dari altitud yang lebih rendah dan menghabiskan lebih banyak masa di kawasan tertentu kerana ia bergerak lebih perlahan daripada satelit.
- Teknik belon pengintip ini pertama kali digunakan Perancis semasa perang revolusi pada 1794.
- Amerika Syarikat menghidupkan semula idea belon pengintip sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun hanya menggunakannya di wilayah negara itu.
- Pemerhati Amerika Syarikat berpendapat China sengaja melancarkan belon pengintip bagi memalukan negara itu dan pada masa sama melakukan risikan sepanjang perjalanan alat intipan berkenaan.
- Langkah China itu juga didakwa bagi menyedarkan Amerika Syarikat bahawa China mengikuti teknologi negara itu dan boleh menirunya.
#belon pengintip #China #Amerika Syarikat #ruang udara
;