Apa anda perlu tahu tentang operasi Turki di Syria

Nailah Huda
Oktober 10, 2019 17:56 MYT
Konvoi tentera Turki memasuki Kilis berdekatan sempadan Turki-Syria pada 9 Oktober 2019. - Foto Reuters
PADA Rabu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan umum telah memulakan operasi ketenteraan ‘Peace Spring’ untuk menentang kekuatan militan Kurdi di timur laut Syria.
Serangan darat bermula beberapa jam selepas kawasan yang dipegang oleh militan Kurdi itu diserang dengan kapal perang dan atileri.
Ia susulan pengumuman Presiden Donald Trump pada Ahad bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mula mengundur markas tentera dari Syria, sekaligus membenarkan campur tangan Turki.
Langkah itu dibidas oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Kesatuan Eropah yang mendesak Turki untuk menghentikan operasi tersebut.
Apa objektif Operasi Peace Spring?
Menurut kenyataan Erdogan menerusi Twitter, tentera Turki bersama tentera Syria telah melancarkan Operasi Peace Spring untuk menentang kumpulan militan Kurdistan Workers' Party (PKK) dan People's Protection Units (YPG) serta pengganas Daesh di timur laut Syria.
Operasi itu bertujuan untuk menghapuskan semua ancaman pengganas sekaligus mengisytiharkan sebuah ‘zon selamat’ supaya pelarian Syria dibenarkan pulang.
Zon itu meliputi 32km sepanjang sempadan di belah Syria, manakala operasi itu dijangka akan melibatkan kawasan dalam 100km sepanjang sempadan itu.

The Turkish Armed Forces, together with the Syrian National Army, just launched #OperationPeaceSpring against PKK/YPG and Daesh terrorists in northern Syria. Our mission is to prevent the creation of a terror corridor across our southern border, and to bring peace to the area.

— Recep Tayyip Erdoğan (@RTErdogan) October 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#OperationPeaceSpring will neutralize terror threats against Turkey and lead to the establishment of a safe zone, facilitating the return of Syrian refugees to their homes. We will preserve Syrias territorial integrity and liberate local communities from terrorists.

— Recep Tayyip Erdoğan (@RTErdogan) October 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan kenyataan oleh Menteri Pertahanan Kebangsaan Turki, Hulusi Akar, operasi itu hanya mensasarkan ‘kumpulan pengganas’ seperti Daesh dan organisasi militan Kurdi termasuk PKK, KCK, PYD-YPG yang dakwanya beroperasi bawah nama-nama berbeza, namun sukar dibezakan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kumpulan-kumpulan militan tersebut tidak mewakili masyarakat Kurdi, sebagaimana Daesh tidak mewakili umat Islam.
Siapa masyarakat Kurdi?
Masyarakat Kurdi merupakan orang asal Mesopotamia yang kini menduduki beberapa kawasan di tenggara Turki, timur laut Syria, utara Iraq, barat laut Iran dan barat daya Armenia.
Jumlah masyarakat itu yang merangkumi antara 25 dan 35 juta orang dan merupakan kumpulan etnik keempat terbesar di Timur Tengah, bagaimanapun tidak mempunyai negara bangsa sendiri.
Walaupun masyarakat tersebut pernah pertimbang menubuhkan tanah air tersendiri, namun Perjanjian Lausanne 1923 yang menetapkan sempadan Turki tidak meninggalkan sebarang ruang untuk mereka, sekaligus menjadikan masyarakat itu berpecah sebagai minoriti dalam negara-negara berbeza.
Di Syria, golongan Kurdi kini dianggarkan merangkumi dalam 10 peratus daripada penduduk keseluruhan.
Kerajaan Turki melihat YPG sebagai sebahagian daripada PKK, yang telah diharamkan di Turki dan merupakan antara organisasi yang tekad berjuang untuk autonomi masyarakat Kurdi.
Namun, YPG menganggotai sebahagian besar daripada Syrian Democratic Forces (SDF), sebuah gabungan militia Kurdi dan Arab bersertakan bantuan AS yang berjaya mengatasi keganasan Daesh sejak operasinya bermula empat tahun lalu.
Dianggarkan kira-kira 11,000 pejuang SDF, kebanyakannya golongan Kurdi, yang terkorban dalam perjuangan mereka untuk menghapuskan keganasan Daesh di negara itu.
Apa impak Operasi Peace Spring
Susulan serangan udara dilancarkan, penduduk mula meninggalkan bandar-bandar Ras al-Ain dan Tal Abyad.
Melalui operasi ini, kerajaan Turki merancang untuk memulangkan 2 juta daripada 3.6 juta pelarian Syria kembali ke ‘zon selamat’ tersebut.
Namun, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa menganggarkan dalam 300,000 penduduk di ‘zon selamat’ itu terpaksa berpindah akibat operasi tersebut.

A military offensive could immediately displace at least 300,000 people and disrupt life-saving humanitarian services.

— International Rescue Committee - UK (@RESCUE_UK) October 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, SDF turut mempunyai lebih 12,000 pejuang Daesh bawah tahanan mereka di tujuh penjara.
Sekurang-kurangnya 4,000 daripada tahanan tersebut merupakan warga asing - termasuk dari Malaysia dan Indonesia.
Sekiranya operasi ini melemahkan benteng pertahanan SDF, ia dijangka akan menyebabkan tahanan Daesh terlepas, sekaligus menghidupkan kumpulan pengganas itu sekali lagi.
Kata Presiden Trump kepada Erdogan, tentera Turki bertanggungjawab untuk menahan pejuang Daesh di kawasan-kawasan yang terbabit dalam operasi tersebut.
Trump memberi amaran bahawa sekiranya Turki mengambil sebarang langkah yang melanggar batasan, dia akan memusnahkan ekonomi negara itu, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

As I have stated strongly before, and just to reiterate, if Turkey does anything that I, in my great and unmatched wisdom, consider to be off limits, I will totally destroy and obliterate the Economy of Turkey (Ive done before!). They must, with Europe and others, watch over...

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Daesh #Donald Trump #ISIS #Kesatuan Eropah #Kurdi #Kurdish #PKK #Recep Tayyip Erdogan #Syria #Syrian Democratic Front #Turki #YPG
;