Apa akan terjadi kepada akaun Twitter Presiden AS @POTUS?
Syafique Shuib
November 11, 2016 23:06 MYT
November 11, 2016 23:06 MYT
SELAIN peralihan kuasa yang akan berlaku di Amerika Syarikat pada 20 Januari 2017, segala akaun media sosial yang berkaitan dengan Presiden AS juga akan melalui satu peralihan.
Pelan peralihan ini diumumkan oleh White House dan melibatkan beberapa akaun media sosial di bawah pengawasannya.
Akaun Twitter Presiden AS iaitu @POTUS kini dipegang oleh Barack Obama dan akan diserahkan kepada Presiden AS ke-45 iaitu Donald Trump secara rasminya pada 20 Januari 2017.
Dalam pelan peralihan itu, Trump akan diberi akaun @POTUS yang mempunyai 12 juta pengikut tanpa sebarang kandungan.
Tweet yang ditulis oleh Obama atau pentadbirannya akan dipindahkan ke akaun baharu iaitu @POTUS44 bagi tujuan arkib.
Akaun lain seperti @WhiteHouse, @FLOTUS (Wanita Pertama AS), @PressSec (Setiausaha Akhbar) dan @VP (Naib Presiden) juga akan melalui transisi yang sama.
Akaun-akaun di Instagram dan Facebook juga akan diserahkan kepada pentadbiran baharu tanpa sebarang kandungan setelah kandungan setia ada akan dipindahkan ke akaun berlainan bagi tujuan arkib.