Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB
Agensi
Oktober 14, 2016 08:29 MYT
Oktober 14, 2016 08:29 MYT
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi melantik Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung yang baharu, menggantikan Ban Ki-Moon.
Sebanyak 193 negara anggota sebulat suara menerima pakai resolusi melantik bekas perdana menteri Portugal itu untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Beliau yang merupakan seorang ahli politik sosialis, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB, berjanji akan merapatkan jurang perbezaan bagi mempromosi keamanan.
Guterres adalah Setiausaha Agung PBB ke sembilan dalam sejarah penubuhan lebih tujuh dekad badan dunia itu.
Pelantikan Guterres dicadangkan Majlis Keselamatan.
Guterres mendapat sokongan dan mendahului 13 calon lain termasuk tujuh wanita.