Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31

Bernama
Mei 23, 2022 12:25 MYT
Anthony Albanese mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia di hadapan Gabenor Jeneral David Hurley (kanan) pada majlis yang berlangsung di Rumah Kerajaan, di Canberra, 23 Mei 2022. (Foto AP)
CANBERRA: Pemimpin Parti Buruh Australia, Anthony Albanese pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-31 selepas memenangi pilihan raya pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.
Turut mengangkat sumpah jawatan ialah Richard Marles yang dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Buruh, Menteri Luar Penny Wong, Bendahari Jim Chalmers dan Katy Gallagher yang menyandang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Wanita dan Peguam Negara.
Majlis angkat sumpah itu diadakan lebih awal bagi membolehkan Albanese dan Wong berlepas ke Tokyo pada Isnin untuk bertemu pemimpin Amerika Syarikat (AS), Jepun, dan India dan menyertai sidang kemuncak Dialog Keselamatan Empat Hala (The Quad) pada Selasa.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Australia #Anthony Albanese #angkat sumpah
;