Anjing PM Israel Benjamin Netanyahu gigit tetamu
Nizam Bakeri
Disember 11, 2015 07:27 MYT
Disember 11, 2015 07:27 MYT
KAIYA, anjing yang baru dibela oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, telah menggigit dua pelawat dalam satu acara Rabu lalu, termasuklah suami Timbalan Menteri Luar negara berkenaan.
Pada upacara menyalakan lilin bagi sambutan Hannukah, anjing yang berusia 10 tahun itu juga mengigit salah seorang ahli Parlimen dari Parti Likud yang diketuai Netanyahu.
Anak Netanyahu mengambil anjing tersebut dari sebuah rumah perlindungan awal tahun ini. Perdana Menteri itu memuat naik gambar ke Twitter Ogos lalu sambil menyeru para penggemar anjing untuk membela anjing dari rumah perlindungan dengan pesanan, “Anda tidak akan menyesal!”
Kaiya sudah pun bertemu dengan beberapa tetamu terkemuka termasuklah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.
Kerry dipercayai pulang dari rumah Netanyahu tanpa sebarang kecederaan.