Angkara cemburu, lelaki bunuh, 'rogol' mayat bekas teman wanita

Agensi
Januari 27, 2018 11:49 MYT
Artyom turut sempat menyampaikan mesej kepada ibu bapa Tatiana lokasi mereka boleh mencari jasad anak mereka itu. - Gambar portal Mirror.co.uk
SEORANG pelajar lelaki dari Rusia bertindak kejam apabila dia membunuh dan melakukan hubungan seks dengan mayat bekas teman wanitanya.
Lebih parah apabila jasad teman wanitanya yang sudah tidak bernyawa itu turut dijadikan sebagai objek melempiaskan nafsu binatangnya.
Artyom didakwa memukul dan mencekik Tatiana kerana obses untuk melakukan hubungan seks dengannya selain cemburu mangsa mempunyai teman lelaki baharu.
Hal itu didedahkan sendiri oleh Artyom Iskhakov kepada ibu dan bapa mangsa, Tatiana Strakhova menerusi beberapa mesej berbentuk grafik yang dimuat naik di laman media sosialnya.
Selain itu, Artyom mengakui nadi Tatiana masih berdenyut semasa serangan dilakukan dan ini memaksanya untuk menikam mangsa serta melakukan hubungan ‘seks’ dengan jasad Tatiana.
Artyom juga mendedahkan selepas selesai ‘mengerjakan’ jasad Tatiana, dia berhenti seketika untuk menikmati sandwich dan tertidur beberapa jam, lapor portal Mirror.co.uk.
Sejurus tersedar, dia kembali melakukan perbuatan itu bagi memenuhi nafsu binatangnya itu.
Mereka dilaporkan tetap tinggal bersama walaupun sudah berpisah.
Suspek yang merupakan pelajar jurusan sains komputer dan perisian ini kemudian bertindak menggantung dirinya selepas meninggalkan nota “terrible but I did what I wanted”.
Artyom turut sempat menyampaikan mesej kepada ibu bapa Tatiana lokasi mereka boleh mencari jasad anak mereka itu.
Dia turut meminta maaf kepada kedua ibu dan bapa Tatiana kerana bertindak kejam membunuh satu-satunya anak mereka.
#Artyom Iskhakov #bunuh kejam #obses #Rusia #seks #Tatiana Strakhova
;