Angka korban tragedi rempuhan Halloween Itaewon meningkat ke 158

Bernama
November 14, 2022 11:40 MYT
Orang ramai meletakkan bunga bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi rempuhan Halloween di Itaewon di lokasi kejadian di Seoul, Korea Selatan, 3 Nov 2022. - Gambar fail AP
SEOUL: Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon, Seoul disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan jumlah korban terkini mencecah 158, lapor agensi berita Yonhap.
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Isnin memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.
Setakat ini, seramai 132 warga Korea Selatan dan 26 warga asing terbunuh akibat kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Okt.
Prosedur pengebumian untuk 130 warga tempatan telah selesai manakala 24 mayat warga asing telah dihantar ke negara asal masing-masing.
Seramai 196 orang cedera, 10 masih dirawat di hospital.
-- BERNAMA
#Korea Selatan #Itaewon #tragedi halloween #rempuhan
;