Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 44

Astro Awani
Mac 12, 2023 08:00 MYT
Pandangan udara kemusnahan disebabkan tanah runtuh di Pulau Serasan, Natuna akibat hujan lebat berpanjangan. - Foto BNPB via AP
JAKARTA: Angka korban tanah runtuh di wilayah Kepulauan Riau meningkat kepada 44 orang pada Sabtu.
Bagaimanapun 11 individu masih dilaporkan hilang dan misi pencarian diteruskan sehingga kini.
Pihak berkuasa berkata, daripada 44 mayat ditemui, 43 daripada sudah dikenal pasti.
Hujan lebat didakwa sebagai punca bencana, memusnahkan lebih 30 rumah dengan jumlah penduduk diarah berpindah mencecah 2,234 orang.
Menurut Agensi Mitigasi dan Pengurusan Bencana Natuna, operasi menyelamat membabitkan jentera berat dan kakitangan daripada pejabat mencari dan menyelamat tempatan, agensi mitigasi dan pengurusan bencana tempatan, juga anggota keselamatan dan polis.
#tanah runtuh #angka korban #misi pencarian #kepulauan riau
;