Angka korban serangan masjid di Semenanjung Sinai dijangka meningkat

Astro Awani
November 25, 2017 02:26 MYT
Sehingga kini, mangsa maut serangan masjid di Semenanjung Sinai mencecah 235 orang. -Foto Twitter
Angka korban serangan masjid di Semenanjung Sinai dijangka terus meningkat.
Pemangku Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouli memaklumkan sehingga kini mangsa maut mencecah 235 orang.
Pertambahan angka susulan beberapa kes kritikal dan yang baru direkodkan.
Kes kecederaan parah dipindahkan ke Institut Nasser di Kaherah untuk rawatan lanjut.
Madbouli bertindak sebagai pemangku perdana menteri berikutan penyandang Sherif Ismail berada di luar negara untuk menjalani rawatan kesihatan.
#Institut Nasser #Mesir #Mostafa Madbouli #Semenanjung Sinai #Sherif Ismail