Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 39,145 orang

Bernama
Julai 24, 2024 14:00 MYT
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 39,145 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 39,145 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Rabu.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan kira-kira 90,257 orang lagi cedera dalam serangan itu, lapor Agensi Anadolu.
"Tentera Israel membunuh 55 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tiga 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap keluarga-keluarga di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat," kata kementerian.
Mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, Israel telah menghadapi kecaman antarabangsa berikutan serangan kejam yang berterusan di Gaza.
Lebih sembilan bulan konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
#angka kematian #rakyat Palestin #serangan Israel #Gaza