Angka korban letupan dahsyat pelabuhan Beirut meningkat ke 190 orang
Agensi
Ogos 30, 2020 16:03 MYT
Ogos 30, 2020 16:03 MYT
Angka kematian akibat tragedi letupan di pelabuhan Beirut bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripaa 6,5000 lagi cedera, sementara tiga orang masih hilang, menurut kata kerajaan sementara negara itu pada Ahad.
Pihak berkuasa Lubnan sedang menyiasat apakah punca yang menyebabkan bahan peledak yang disimpan secara selamat sejak bertahun lepas tiba-tiba meletup.
Letupan itu menyebabkan sebahagian besar kawasan kota hancur sekali gus membangkitkan kemarahan ramai pihak kepada ahli politik, yang sebelum ini sudahpun dipersalahkan kerana kemerosotan ekonomi negara itu.
Pihak tentera pada Sabtu memaklumkan tujuh orang masih hilang, tiga warga Lubnan, tiga Syria dan satu warga Mesir.
Letupan pada 4 Ogos itu menyebabkan 300,000 orang hilang tempat tinggal dan kerosakan pula dianggarkan mencecah AS$15 bilion, menurut laporan dikeluarkan kerajaan baru-baru ini.
Dikatakan 50,000 buah rumah, sembilan hospital besar dan 178 buah sekolah rosak.
#AS
#beirut
#cedera
#ekonomi
#hilang
#Hospital
#kerajaan
#letupan
#lubnan
#Mesir
#pelabuhan
#politik
#rumah
#sekolah
#Syria
#tentera
#tragedi